Sunday, December 5, 2010

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya dzaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amiin... Amiin... Amiin...


DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amiin... Amiin... Amiin...

-------------------------------------------

Marilah kita sama2 datang ke masjid pada petang hari isnin 6hb Disember 2010 untuk membaca Doa Akhir Tahun Hijrah 1431 dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun Hijrah 1432.
Semoga dosa2 kita yang lalu akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan semoga amalan kita diterima olehNya, Insya Allah.. Amiin.
Perbaikilah diri kita daripada yang buruk kepada yang lebih baik, semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan selamat di dunia wal akhirah..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Saturday, July 3, 2010

Sirna Mahasiswa Baru Ke Alam KAmpus

Kebanyakan universiti kini sedang sibuk menerima kedatangan mahasiswa baru yang mungkin ada yang kali pertama menjejakkan kaki ke menara gading,tahniah kepada anda semua yang telah nertungkus lumus,berpayah-payah untuk menempa nama dalam kalangan orang terpilih untuk melanjut pelajaran yang lebih tinggi.

Tsunami kehangatan orientasi ini turut dirasakan kami di UTM,yang kini nama trade mark telah bertukar kepada yang lebih ilteleksi iaitu minggu transformasi mahasiswa.Apa yang boleh mahasiswa baru gambarkan dan melihat lebih jauh dengan visi unversiti yang telah melangkah lebih jauh dengan melabelkan UTM sebagai salah satu universiti penyelidikan yang mensasarkan kita mampu bersaing dalam era teknologi kini.

Apa yang diharapkan mahasiswa yang baru ini mampu untuk melakukan perubahan yang terbaik untuk diri mereka,seluruh warga universiti serta masyarakat Malaysia.KIni terlalu banyak hambatan dan fitnah terhadap gerakan dakwah islamiah,seharusnya kita didalam medan didikan dan kajian ini dapat memberi keterangan yang sebenar untuk menyedarkan tentang realiti islam kini.

Gunakan peluang anda yang baru bergelar mahasiswa untuk terus memacu integriti mahasiswa yang dalam jiwa mereka penuh iltizam untuk memastikan negara kita maju seiringan dengan majunya sahsiah san sosial masyarakat Malaysia.

Sunday, June 20, 2010

Legasi Sultan Muhammad Al Fateh - Pencetus Perubahan Mahasiswa Inteleksi


Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam pernah menguasai sebanyak 2/3 dunia pada zaman kegemilangannya. Kegemilangan tamadun Islam ini berpunca daripada hasil usaha umatnya yang terlalu cintakan untuk melihat agamanya berada tinggi melebihi apa-apa yang ada di bumi ini kerana Islam itu sememangnya tempatnya adalah yang tertinggi.

Sememangnya, sejarah telah menyaksikan kepada kita, kebangkitan Islam itu adalah berpunca daripada golongan belia dan pemuda-pemuda yang cintakan keredhaan dari Allah. Disini penulis lebih suka untuk menyebut bahawa golongan pemuda-pemuda tersebut adalah golongan mahasiswa. Golongan mahasiswa adalah pemuda. Golongan yang intelek. Golongan yang inginkan perubahan.

Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Sebagai seorang mahasiswa, kita sememangnya adalah golongan pencorak masa depan negara. Golongan yang mampu merubah masa hadapan. Mari kita soroti sejarah perjuangan seorang khalifah Islam suatu ketika dahulu. Seorang mahasiswa yang telah mengubah dunia. Walaupun baginda ialah seorang khalifah, baginda turut merupakan seorang mahasiswa. Disini penulis suka menonjolkan perkataan mahasiswa kerana penulis juga merupakan seorang mahasiswa.

Sultan Muhammad al-Fateh, adalah sebaik-baik pemimpin yang disebut di dalam hadis Rasulullah di atas. Baginda menaiki takhta semasa hanya berumur 19 tahun. Di umur kita masih bergelar seorang mahasiswa. Bagindalah merupakan orang yang pertama yang berjaya menawan kota Constantinople walaupun sebelum baginda lagi, banyak percubaan untuk menawan Constantinople, tetapi semuanya tidak berjaya.

Role model yang intelek dan bersahsiah

Bagi penulis, penulis beranggapan bahawa sebagai seorang mahasiswa, Sultan Muhammad al-Fateh sememangnya amat layak untuk dijadikan sebagai idola setiap mahasiswa. Baginda merupakan seorang yang intelek dan penuh bersahsiah. Baginda menguasai pelbagai jenis ilmu sejak dari kecil lagi. Baginda mendapat pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam ilmu peperangan, baginda menguasai taktik peperangan, memanah, menunggang kuda dan segala aspek ilmu ketenteraan. Di dalam bidang pemerintahan, baginda adalah seorang khalifah yang berjaya membangunkan negara dan rakyat serta matang menangani masalah negara. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Keazaman yang gigih dan tidak berputus asa

Sifat gigih berusaha dan tidak berputus asa seharusnya dan sewajibnya tertanam dalam diri setiap mahasiswa. Setiap kejayaan itu tidak akan berhasil sekiranya kita tidak berusaha dan berputus asa seandainya kita gagal menghadapi pelbagai halangan menimpa.

Selepas menaiki takhta kerajaan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fateh berusaha setiap hari meneliti dan mengkaji setiap aspek tentang peta dan geografi Kota Constantinople. Baginda mem“postmortem”kan setiap aspek yang membawa kegagalan kepada tentera-tentera yang terdahulu yang pernah mencuba untuk menawan Constantinople. Baginda gigih merancang dan merencana strategi yang bakal di gunakan untuk menawan Kota Constantinople nanti.

Di dalam medan peperangan, tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh mendapat tentangan yang maha hebat dari tentera Byzantine yang mempertahankan Kota Constantinople dari ditakluki. Peperangan tersebut berlanjutan melebihi 50 hari. Keadaan ini memberikan tekanan kepada tentera Islam dan menyebabkan mereka hampir berputus asa. Di saat itu, Sultan Muhammad al-Fateh bangkit menyeru kepada tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid, ikutlah aku!”. Mendengar seruan tersebut, tentera Islam kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan demi menepati janji Rasulullah iaitu untuk menjadi sebaik-baik tentera yang mampu menawan Kota Constantinople.

Bijak merancang dan berfikiran di luar kotak

Sebagai mahasiswa, kita sepatutnya mampu merancang dan berfikiran di luar kotak untuk menangani sesuatu perkara. Penulis teringat kata-kata daripada seorang pensyarah yang dijemput khas dari Universiti Malaya untuk memberi ceramah motivasi ketika penulis masih menuntut di Kolej Mara Kulim pada tahun 2006. Beliau mengatakan bahawa seseorang itu perlu berfikiran jauh melangkaui 38 tahun ke hadapan. Sebagai seorang mahasiswa, kita sepatutnya berfikiran “beyond the future”.

Di dalam peperangan untuk menawan Kota Constantinople tersebut, Sultan Muhammad al-Fateh telah menunjukkan satu strategi peperangan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun. Sejarawan menyifatkan bahawa strategi tersebut merupakan strategi peperangan yang terbaik yang pernah dilakukan. Sultan Muhammad al-Fateh “melayarkan” kapal-kapal perangnya di atas daratan mendaki bukit. Satu strategi yang mustahil dilakukan, kapal laut berlayar di atas daratan. Namun, dengan kebijaksanaan dan keintelektualan sebagai seorang mahasiswa, Sultan Muhammad al-Fateh mampu melakukan sesuatu yang mustahil dan akhirnya berjaya menawan Kota Constantinople yang hebat dipertahankan oleh tentera Byzantine. Sesungguhnya, yakinlah bahawa pertolongan Allah itu pasti ada.

Karisma seorang ‘abid dan pemimpin

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan setelah Kota Constantinople ditawan, timbul pertanyaan siapa yang layak untuk menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, silalah duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak ada seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, silalah duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, silalah duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

Kita sebagai seorang mahasiswa, penekanan tentang aspek spiritual dan kerohanian hendaklah di mantapkan. Apa gunanya andai kita digelar intelektual, mendapat First Class Degree sekalipun di majlis graduasi di Dewan Canselor, tetapi kita gagal menerima segulung ijazah dari sebelah tangan kanan kita ketika berlangsungnya majlis graduasi amalan kita di Padang Mahsyar kelak. Jadilah kita seorang ‘abid dan seorang pemimpin yang mampu memimpin diri kita dan masyarakat ke arah yang lebih baik. Contohilah sifat Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah sesekali meninggalkan solat walaupun solat tahajjid sekalipun. Baginda adalah seorang mahasiswa, seorang pemimpin dan baginda juga adalah seorang ‘abid yang taat kepada perintah Tuhannya.

“Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”

Tuesday, June 1, 2010




Ustaz Nasrudin hassan tantawi diamanahkan oleh Al Muntada Asy Syababi Ad Dauli untuk mempengerusikan ad hoc untuk drafkan satu kenyataan bersama mewakili seluruh perwakilan dari 40 buah negara mengutuk tindakan kejam Israel alaihi laknatullah . Anggota Ad Hoc ini ialah al Ustaz Hassan Bitmez [ Ketua Pemuda Parti Saadat merangkap Pengarah Al Muntada Asy Syababi Ad Dauli ] , Al ustaz Ali Abdul Rahman Said Al Jaradat dan wakil muassasah al Islami Al Jazair .


Proses edit dan cetak secara rasmi sebagai satu Deklarasi Pemuda Islam Sedunia untuk mengecam Zionis di atas jenayah yang dilakukan oleh mereka ke atas delegasi bantuan kemanusiaan . [ 5 jam sebelum ]

Desakan tertumpu kepada :a] Gerakan membangkitkan momentum anak - anak muda seluruh dunia agar mencetus gelombang besar menentang Israel dari seluruh dunia . Jumaat depan adalah hari himpunan aman seluruh dunia akan dilangsungkan bagi membantah dan mengecam tindakan jenayah zionis tersebut .b] Menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB segera bertindak ke atas Israel di atas pelanggaran hak dan peraturan dunia yang sangat ketara sekaligus menghentikan kekejaman Israel yang tidak berkesudahan .c] OIC turut didesak agar bangun dari tidur yang lena untuk bertindak mengerahkan seluruh kekuatan OIC mendepani Israel zionis ini.

Menerima ucapan tahniah dan salam buat seluruh pemuda yang berjuang untuk menegakkan keadilan Islam di Malaysia dari Presiden Parti Saadat Turki Profesor Dr. Nu'man Kurtulmus dan wakil pemimpin Hammas Asy Syeikh Muhammad Nezzal .
Salam jua buat seluruh pimpinan Dewan Pemuda PAS dari Presiden Parti Saadat ini agar terus thabat dalam perjuangan . Kini beliau sedang diberi perhatian oleh umum rakyat Turki yang dilihat bakal memenangi pilihanraya Turki akan datang dan mula disebut sebagai bakal Perdana Menteri Turki .

Menerima undangan dari Al Ittehad Al Aam Li at Tolabah As Sudaniyin [ General Sudanese Students Union ] dan insyaallah pada 4 - 6 june ini bakal bertemu lagi dalam persidangan IIFSO di Jakarta .

Majlis menandatangani Deklarasi Bantahan Keras ke atas kekejaman Israel Alaihi Laknatullah .
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ummat Islam dan para pemimpinnya untuk menghadapi yahudi Israel Zionis yang semakin kejam ini . Semoga segera tiba saat yang dijanjikan nabi saw :

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود حتى يختبئ اليهود من وراء الحجر و الشجر فيقول الحجر و الشجر ؛ يا مسلم هذا يهودي خلفي تعالى فاقتله إلا الغرقد فإن من شجر اليهود

Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang - orang Islam memerangi Yahudi sehingga Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu , lalu berkatalah batu dan pokok kayu : Wahai Muslim ! ini Yahudi bersembunyi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia , kecuali qharqad . Sesungguhnya qharqad adalah pokok Yahudi .

Sunday, March 21, 2010

Keyakinan Diri Anda

Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri

Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

Jenis-Jenis Keyakinan
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif, hala tuju yang tidak menentu atau tidak jelas, atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
  • Kurang senyum
  • Risau dan kelihatan risau
  • Gugup dan kelihatan gugup
  • Kurang berinteraksi
  • Malas bekerja atau berusaha
  • Selekeh dan cincai
  • Bersikap meminta-minta
  • Mudah putus asa
  • Suka gossip dan mengumpat
  • Defensif dan cepat marah
  • Mudah atau suka berbohong
  • Keajaiban Keyakinan Diri
    Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

    Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

    Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!

    Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri
    Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!

    Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!