Thursday, September 1, 2011


Salam Ramadhan Kareem, dikesempatan ini saya mohd zaki bin haron ( PMIUTM,FKM,KTHO,UTMKL,SMKTS,SKTM,MDM ) ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM.


Rasulullah pernah bersabda:

"Terdapat dua hari yang mana dalamnya terdapat kebaikan iaitu dua hari raya, eidul fitri dan eidul adha" (Riwayat Abu Daud)

Maka pesanan daripada saya, hidupkanlah Syawal dengan kita sentiasa membesar dan mengagung Allah S.W.T dengan penuh kesyukuran kerana berjaya kembali kepada fitrah setelah sebulan ditarbiyah Ramadhan.

Janganlah kita mencacatkan perayaan ini dengan melakukan maksiat, pergaulan tanpa batasan syarak antara lelaki dan perempuan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.

Sempena sambutan kemerdekan ini juga ingin mahu menyeru kepada mahasiswa agar menghayati kemerdekaan dalam sudut pandang yang sebenar. Kemerdekan bukan sahaja bermaksud merdeka zahiriah daripada penjajah tetapi seharusnya minda kita haruslah bebas daripada penjajahan.

Penjajahan minda yang berlaku dewasa ini haruslah disedari dan dielakkan oleh mahasiswa agar generasi akan datang bukan generasi dungu. Bukan generasi dicucuk hidung mereka. Generasi yang bebas melontarkan idea dan pendapat selagi mana tidak melanggar syariat Allah S.W.T.

Sekian, semoga mahasiswa dan mahasiswai bergembira dengan kedua kedua-dua sambutan ini khususnya Aidilfitri kerana suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Allahu Akbar!

Mohd Zaki Haron
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia