Thursday, November 17, 2011
Bajet 2012
Assalamualaikum..
Setiap daripada kamu adalah ejen penerangan kepada ummah sejagat.
Menggunakan kapasiti media baru ini untuk menyalurkan pandangan dan kefahaman kepada medium mad'u kita disetiap ruang atas muka bumi Allah ini.
Berkaitan dengan Bajet 2012 ynag telah dibentangkan pada 7 Oktober 2011,terdapat begitu banyak persepsi yang diutarakan dimana sahaja tidak kira,melalui blog,facebook,laman sosial yang berbagai tentang bajet yang dibentangkan.Walaupun dah berlalu lebih sebulan isu ini,diri ini terpanggil untuk menyorot sedikit pandangan dan kupasan tentang bajet 2012.
Dalam pembentangan bajet ini terdapat pro dan kontra dalam penerimaan masyarakat sekarang.Walaupun tema yang dibawa dasar transformasi nasional-membela rakyat,tapi perlu kita melihat secara halus kemana arah pengaliran kewangan itu disalurkan,sebab dalam masa yang sama,ideologi untuk mengarah ke pembinaan negara berpendapatan tinggi masih lagi terdapat dalam percangan bajet 2012.
Jelas kita lihat daripada paparan graf diatas menunjukkan kadar peratusan defisit yang telah berlaku dalam pengurusan kewangan Malaysia,perbelanjaan melebihi daripada pendapatan negara.Hal ini sangat merunsingkan segenap pihak maupun di bahagian rakyat marhean,sektor tertentu tentang permasalahan ini.
Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Suara kebimbangan terserlah terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Bgaimanakah tahap urus tadbir kewangan negara kita sekarang?jawapan ada ditangan anda dengan berbekal informasi diatas jelas mampu membuka mata kita yang selama ini terpejam dan terkadang tercelik...Kuasa perubahan ditangan anda
Monday, November 14, 2011
Ucapan Tahniah untuk Presiden PMIUM
Assalamualaikum dan salam ucapan sejahtera kepada mempelai Saudara Safwan Anang dan juga bidadari beliau Siti Mastura.
Dengan kalimah barakallahulakuma wabarik alaikuma wajami’a bainakuma fikhair,
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Kami daripada saff pimpinan Persatuan Mahsiswa Islam UTM dan sahabat PMI mengucapkan selamat pengatin baru,moga-moga dengan baitul muslim yang terbina dapat kekal hingga ke syurga.Dan juga atas medan yang sama,masing-masing ada taklifan yang penting dalam kampus,dengan ikatan yang sah ini dapat menjadi satu inspirasi yang kukuh untuk saling kuat menguat dalam membawa dan mendokong risalah islam disana.
Ikhlas dari hati yang luhur untuk sahabatku Safwan Anang .
Daripada Mohd Zaki Bin Haron
Presiden PMIUTM (Persatuan Mahasiswa Islam UTM)
Thursday, November 10, 2011
Tautan Ukhuwah Ke Medan Kepimpinan Mahasiswa

Alhamdulillah,diri ini memanjatkan sepenuh kesyukuran pada Allah tuhan seluruh alam yang memberi segala kenikmatan kepada hambaNya.Selawat dan salam kepada jujungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.
Tanggal 10 november 2011 telah berlangsung program konvensyen pimpinan mahasiswa dan telah berlangsung di Taman Ilmu UTM,dan ramai dikalangan pimpinan mahasiswa yang turun untuk terlibat sama dalam program ini,sebagai satu medan percambahan idea dan juga ruang untuk kami selaku mahasiswa membuktikan pada mata dunia bahawa mahasiswa adalah 'check and balance' pada sesebuah pemabangunan negara.
Sempat bertemu dengan saff pimpinan mahasiswa daripada pelbagai Universiti dan ruang terbuka berbincang dan bertukar pandangan berkaitan tajuk yang akan dikupas sepanjang konvensyen berkaitan "pembangunan kearah negara bangsa",alhamdulillah usaha kecil ini dapat menautkan hati-hati kami yang berada dalam medan perjuangan kampus ini,moga-moga ia terus kekal selama-lamanya.
Jangan matikan idealisme mahasiswa yang terus subur dan ranum dengan percambahan idea yang sebati dengan keilmuan,dengan budaya ini akan mematangkan mahasiswa yang sebentar lagi akan memimpin negara.
"Ya Allah,ku mohon pada mu agar ditetapkan hati-hati kami moga terus thabat dalam perjuangan menegakkan kalam,syariat mu diatas muka bumi mu yang telah diamanahkan kepada kami,moga kami terus cekal dan bisa menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang,semoga ia menjadi bukti atas usaha kami walaupun sekecil zarah untuk islam,Insyaallah"
Wednesday, November 9, 2011
Era Tajdid

Hadis Rasulullah SAW - Sesungguhnya Allah pasti akan mengutuskan untuk umat ini,dihujung setiap seratus tahun,orang yang akan datang membawa pembaharuan (tajdid) untuk mereka akan agama mereka- Riwayat Abi Daud dan Al-Hakim.
Penjelasan tentang tajdid adalah menurut Seikhulislam Asseikh Yusof Alqaradhawi tentang pembaharuan yang didatangkan oleh sekumpulan ulama dan pendokong gerakan islam akan membentuk satu madrasah atau gerakan pemikiran dan amal yang tersusun,untuk kebnagkitan umat islam.
Apa yang perlu kita lakukan untuk tajdid (pembaharuan)dalam gerakan islam??
1)Membentuk pasukan islam yang mampu memimpin masyarakat hari ini dengan islam yang hakiki,benar dan menyeluruh.pasukan yang memiliki (iman yang mendalam,kefahaman yang jelas dan ikatan rabbani yang kukuh mahupun sesama makhluk.
2)Membentuk pandangan dan stigma masyarakat yang muslim atau non muslim untuk menyokong pasukan islam tersebut,jelas dengan matlamat yang dilaksanakan.
3)Membentuk satu iklim sejagat yang mula menerima kewujudan dan hak umat islam selepas kalangan non muslim memahami hakikat risalah dan peradaban islam dan benas daripada ikatan lampau yang pesimis (pandangan serong).
Bersamalah kita dalam kelompok2 dan kumpulan yang hari ini terus menerus dalam memperjuangkan risalah islam.
Salam Eiduladha
Assalamualaikum pada semua kenalan maya dan yang menatap blog ini walau sebentar.
Kesempatan yang berbaki ini,diri ini ingin mengucapkan salam eiduladha pada seluruh umat islam diatas muka bumi Allah ini.Hayatilah erti pengorbanan yang sebenarnya,pengorbanan yang menguji tangga keimanan kita kepada Allah SWT.
Thursday, September 1, 2011
Salam Ramadhan Kareem, dikesempatan ini saya mohd zaki bin haron ( PMIUTM,FKM,KTHO,UTMKL,SMKTS,SKTM,MDM ) ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM.
Rasulullah pernah bersabda:
"Terdapat dua hari yang mana dalamnya terdapat kebaikan iaitu dua hari raya, eidul fitri dan eidul adha" (Riwayat Abu Daud)
Maka pesanan daripada saya, hidupkanlah Syawal dengan kita sentiasa membesar dan mengagung Allah S.W.T dengan penuh kesyukuran kerana berjaya kembali kepada fitrah setelah sebulan ditarbiyah Ramadhan.
Janganlah kita mencacatkan perayaan ini dengan melakukan maksiat, pergaulan tanpa batasan syarak antara lelaki dan perempuan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.
Sempena sambutan kemerdekan ini juga ingin mahu menyeru kepada mahasiswa agar menghayati kemerdekaan dalam sudut pandang yang sebenar. Kemerdekan bukan sahaja bermaksud merdeka zahiriah daripada penjajah tetapi seharusnya minda kita haruslah bebas daripada penjajahan.
Penjajahan minda yang berlaku dewasa ini haruslah disedari dan dielakkan oleh mahasiswa agar generasi akan datang bukan generasi dungu. Bukan generasi dicucuk hidung mereka. Generasi yang bebas melontarkan idea dan pendapat selagi mana tidak melanggar syariat Allah S.W.T.
Sekian, semoga mahasiswa dan mahasiswai bergembira dengan kedua kedua-dua sambutan ini khususnya Aidilfitri kerana suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Allahu Akbar!
Mohd Zaki Haron
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Monday, August 8, 2011
Natijah dan hikmah ramadhan
Alhamdulillah segala syukur,puji dan puja kepada pemilik sekalian alam,Allah azzawajalla diberi kesempatan untuk menulis dan memahat sedikit coretan peringatan untuk bersama sebagai satu bekalan untuk menghebatkan amalan kita di bulan Ramadhan,Insyaallah.
Hadith nabi muhammad S.A.W :"Awal puasa itu adalah rahmat,pertengahan adalah keampunan dan akhir Ramadhan adalah dijauhkan Allah daripada api neraka"..
Inilah matlamat besar yang ingin kita capai selepas daripada melalui madrasah ramadhan ialah dengan kita tidak mempersiakan segala peluang yang telah diberikan kepada kita dalam menjalani ibadah ramadhan.Mengharapkan selautan rahmat daripada Allah S.W.T dalam setiap perkara dan tindakan yang kita lakukan.Rahmat Allah terlalu luas kepada hambaNya,inilah antara kelebihan dibulan Ramadhan sehinggakan segala kebaikan dan amalan kita akan dilipat kali gandakan pahalanya.Inilah tanda pemurahnya Allah taala,jangan kita mempersiakan peluang berada didalam tarbiyah ramadhan.
Menjadi sebahagian daripada masyarakat,perlu kita hidupkan saling ingat mengingati sesama muslim.Lebih-lebih lagi didalam bulan ramadahan yang penuh barakah,mulia perbanyakkan amalan kebaikan yang boleh meningkatkan taqwa kita kepada Allah.Kerna itulah capaian kita didalam bulan Ramadhan.
Berdasarkan kalamullah dalam surah al-baqarah 183..yang bermaksud "wahai orang beriman telah diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada kaum yang terdahulu supaya kamu bertaqwa".
Sifat taqwa kepatuhan kepada Allah taala yang menjadi satu sifat yang tertanam dalam hati sehingga menjadi satu peribadi mealkukan segala perkara yang disuruh dan meniggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah
Selamat menjalani ibadah puasa,lakukanlah dengan penuh kekhusyukan,penuh istiqamah dalam amalan kebaikan dan perbanyakkan membaca Al-Quran moga-moga puasa kita diterima Allah S.A.W.
Subscribe to:
Posts (Atom)

