Monday, August 8, 2011

Natijah dan hikmah ramadhan





Alhamdulillah segala syukur,puji dan puja kepada pemilik sekalian alam,Allah azzawajalla diberi kesempatan untuk menulis dan memahat sedikit coretan peringatan untuk bersama sebagai satu bekalan untuk menghebatkan amalan kita di bulan Ramadhan,Insyaallah.

Hadith nabi muhammad S.A.W :"Awal puasa itu adalah rahmat,pertengahan adalah keampunan dan akhir Ramadhan adalah dijauhkan Allah daripada api neraka"..

Inilah matlamat besar yang ingin kita capai selepas daripada melalui madrasah ramadhan ialah dengan kita tidak mempersiakan segala peluang yang telah diberikan kepada kita dalam menjalani ibadah ramadhan.Mengharapkan selautan rahmat daripada Allah S.W.T dalam setiap perkara dan tindakan yang kita lakukan.Rahmat Allah terlalu luas kepada hambaNya,inilah antara kelebihan dibulan Ramadhan sehinggakan segala kebaikan dan amalan kita akan dilipat kali gandakan pahalanya.Inilah tanda pemurahnya Allah taala,jangan kita mempersiakan peluang berada didalam tarbiyah ramadhan.

Menjadi sebahagian daripada masyarakat,perlu kita hidupkan saling ingat mengingati sesama muslim.Lebih-lebih lagi didalam bulan ramadahan yang penuh barakah,mulia perbanyakkan amalan kebaikan yang boleh meningkatkan taqwa kita kepada Allah.Kerna itulah capaian kita didalam bulan Ramadhan.

Berdasarkan kalamullah dalam surah al-baqarah 183..yang bermaksud "wahai orang beriman telah diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada kaum yang terdahulu supaya kamu bertaqwa".

Sifat taqwa kepatuhan kepada Allah taala yang menjadi satu sifat yang tertanam dalam hati sehingga menjadi satu peribadi mealkukan segala perkara yang disuruh dan meniggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah

Selamat menjalani ibadah puasa,lakukanlah dengan penuh kekhusyukan,penuh istiqamah dalam amalan kebaikan dan perbanyakkan membaca Al-Quran moga-moga puasa kita diterima Allah S.A.W.

No comments:

Post a Comment