Thursday, December 31, 2009


MUKMIN PROFESIONAL

-----Keluar dari kepompong mazhab King Midas------

Salam maya kepada sahabat dan pembaca yang setia

Pada penulisan kali ini, saya begitu berminat untuk berkongsikan satu kisah yang mungkin tidak asing lagi bagi pembaca tentang kewujudan tentang ceritera ini..

Siapakah dia King Midas???
Mengisahkan seorang raja yang tamak dengan harta,sehingga menjadikan harta adalah segala-galanya.Kesan daripada ketamakan yang keterlaluan,sehingga menjadikan dia seorang raja yang menilai tindakannya dari kaca mata ringgit, permata dan keseluruhan kemewahan yang dimilikinya.

Dengan kekayaan dan kedudukan yang dimilikinya,sifat tamak dan berlebihan yang bersarang didalam jiwa raja tersebut meluap-luap.Sehinggakan King Midas mengutarakan permintaannya kepada seorang tukang sihir, iaitu keinginannya apa yang disentuhnya akan menjadi emas.

Dan termakbullah permintaan raja tersebut,setiap apa yang disentuhnya akan bertukar kepada emas yang sangat berkilau-kilauan.Sedihnya,kesenangan dan kegembiraan raja tersebut tidak berpanjangan,kerana sehinggakan makanan dan air yang disentuhnya bertukar menjadi emas.Emas,walaupun sangat berharga masakan boleh menghilangkan lapar dan dahaga.King Midas terkejut dan sedih.Pada ketika itu,sedarlah raja tersebut bahawa emas,harta,kekayaan bukanlah segala-salanya.

Walaupun cerita yang saya bawakan ini hanyalah cerita dongeng,tetapi pengajaran yang disampaikan sangat signifikan dan relevan untuk menjadi gambaran tentang masalah atau penyakit yang sekarang sudah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat kita.King Midas adalah lambang manusia yang telah hilang "nilai" dalam dirinya.Realitinya kini berapa ramai manusia yang semazhab dengan King Midas.Terbukti dengan wujudnya masyarakat yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan "emas" walaupun terpaksa mengorbankan saudara?

Begitu ramai yang menilai dan mengukur diri sendiri dan orang lain berdasarkan pemilikan barang- barang yang bernilai.Contohnya orang hanya melihat kaya seseorang itu daripada pandangan luaran,rumah,aset,kereta dan berbagai lagi.Sampingan yang terbit ialah kita jadi semakin materialistik dan individualistik.

Ibn Qayyim Al- Jauzi pernah berkata,

"Tanda seorang mengalami sakit jiwa ialah apabila dia lebih mempercayai kata orang lain mengenai dirinya daripada suara hatinya sendiri"

Renung-renungkanlah agar kita sentiasa menjadi seorang mukmin yang menerapkan nilai-nilai islam dalam jiwa kita,dalam menggapai kearah membentuk mukmin profesional

No comments:

Post a Comment