Saturday, April 9, 2011

Mengimbangi Idealisma dan Realiti Seorang Intelektual Islam.



Alhamdulillah,pada 9hb April UTM skudai telah didatangi seorang ilmuwan yang bukan calang2 dengan idea dan buah fikiran yang cukup bernas berkongsi pengalaman kepada kami warga pencinta ilmu ditaman UTM,seribu penghargaan kepada Prof Datuk Dr Sidek Bin Baba dalam mengupas dengan cantik tajuk yang diamanahkan.

Untuk post kali ini saya ingin kongsikan sebanyak mutiara ilmu yang dikongsikan oleh beliau dan dicerapkan melalui pemerhatian dan penelitian yang jitu.

Idealisme bukan hanya sekadar idea dan gagasan yang berkobar-kobar tetapi perlu kita pandang dengan pandangan deen (agama) mendasari kepada epistimologi yang berpaksikan kepada 'theory of education','basement of knowledge'.Asasnya perlu umat islam bila memandang tentang puncak idealisme perlu dirungkai dengan kefahaman al-quran.Kerana ia adalah petunjuk dan panduan seluruh umat islam dan juga yang bertaqwa.

Dalam membentuk idealisme yang segar perlu kita akari dengan kekuatan aqliah(aqal),dan membezakan kita umat islam dengan barat ialah kita ada kekuatan naqliah yang sumber daripada Al-quran,hadis,qias,ijmak ulama'.Dengan kekuatan ini akan lahir pendokong yang abdillah dan abdurrahman yang menjadikan fikir dan zikir adalah pengimbang terbaik dalam gagasan murni atau nizomiyah yang terlaksana.

Islam secara jelas mengambil isi tunjang tentang fitrah kejadian manusia,dan bila manusia faham tujuan dimuka bumi ini sebagai abdullah (hamba Allah) dan juga khalifatullah.Natijah ini akan hadir dalam fikiran manusia ialah nilai manusiawi yang merupakan fitrah seluruh manusia yang diciptakan oleh Allah swt ini yang penuh ibrah kepada sekalian ummah,mengambil contoh penciptaan Nabi Adam Alaihissalam dan disitu Allah ingin uji kesetiaan hambanya,dan iblis menentang keras.

Dalam memahami realiti dakwah yang sebenar,pokok sebenar yang kita hadapi dalam dunia globalisasi ini ialah berbalik pada sirah nabi iaitu memperkemaskan asas iaitu pembinaan dan pengukuhan aqidah,iman dan taqwa dalam jiwa setiap umat.Selaras dengan ayat al-quran dalam surah ibrahim (24 dan 25)..

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah wat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan cabangnya menjulag ke langit,pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu beringat"

Dan peringatan yang selalu ditekankan oleh beliau dalam penghuraian,ialah perlu kita merujuk secara kemas pada Al-Quran dan Assunnah,dalam kita selaku rijal yang merupakan penyemarak dan legasi perlaksanaan jilul quran iaitu generasi Al-quran yang dinantikan oleh seluruh masyarakat.

Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat kita memacu jiwa kita kearah tawaduk padaNya dan menjentik hati kita untuk terus taqarrub pada Allah SWT.Jadilah orang yang sentiasa berhikmah dalam tindakan,pertuturan,pemikiran.

MZH

No comments:

Post a Comment