Thursday, November 17, 2011

Bajet 2012

Assalamualaikum.. Setiap daripada kamu adalah ejen penerangan kepada ummah sejagat. Menggunakan kapasiti media baru ini untuk menyalurkan pandangan dan kefahaman kepada medium mad'u kita disetiap ruang atas muka bumi Allah ini. Berkaitan dengan Bajet 2012 ynag telah dibentangkan pada 7 Oktober 2011,terdapat begitu banyak persepsi yang diutarakan dimana sahaja tidak kira,melalui blog,facebook,laman sosial yang berbagai tentang bajet yang dibentangkan.Walaupun dah berlalu lebih sebulan isu ini,diri ini terpanggil untuk menyorot sedikit pandangan dan kupasan tentang bajet 2012. Dalam pembentangan bajet ini terdapat pro dan kontra dalam penerimaan masyarakat sekarang.Walaupun tema yang dibawa dasar transformasi nasional-membela rakyat,tapi perlu kita melihat secara halus kemana arah pengaliran kewangan itu disalurkan,sebab dalam masa yang sama,ideologi untuk mengarah ke pembinaan negara berpendapatan tinggi masih lagi terdapat dalam percangan bajet 2012. Jelas kita lihat daripada paparan graf diatas menunjukkan kadar peratusan defisit yang telah berlaku dalam pengurusan kewangan Malaysia,perbelanjaan melebihi daripada pendapatan negara.Hal ini sangat merunsingkan segenap pihak maupun di bahagian rakyat marhean,sektor tertentu tentang permasalahan ini. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit. Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor. Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion. Suara kebimbangan terserlah terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Bgaimanakah tahap urus tadbir kewangan negara kita sekarang?jawapan ada ditangan anda dengan berbekal informasi diatas jelas mampu membuka mata kita yang selama ini terpejam dan terkadang tercelik...Kuasa perubahan ditangan anda

No comments:

Post a Comment