Tuesday, April 12, 2011

Membina Jilul Quran (generasi yang cintakan Al-quran)



“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)

Kelebihan dan ganjaran membaca Al-Quran.
1. Fikiran menjadi jernih.
( bersih dari berfikiran negatif dan berprasangka buruk.)


2. Ingatan semakin kuat dan tajam.


3. Memperoleh ketenangan dan kestabilan psikologi.
(Emosi semakin stabil.)


4. Hati menjadi senang dan bahagia.
(segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t)


5. Bebas dari perasaan takut, cemas dan sedih.
(Emosi dapat dikawal.)


6. Hubungan sosial menjadi bertambah baik.
(Sahabat yang baik semakin ramai.)


7. Memperoleh kepercayaan daripada orang lain.


8. Meningkatkan IQ.
(kecerdasan otak)

SELAMAT BERAMAL DAN SEBARKAN KELEBIHAN DENGAN MEMBACA DAN MENGAMALKAN APA TERAKANDUNG DIDALAM AL-QURAN...AYUH MARI KITA HADIR UNTUK MEMERIAHKAN PROGRAM INI.

MZH

Monday, April 11, 2011

Hadapilah Ia Dengan Penuh Kesediaan




Tips Bila Hampir Dan Ketika Peperiksaan

Artikel kali ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih
Untuk berjaya & gembira
Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama,menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.Bagaimana?Di bawah ada Sembilan tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu…

• Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.

• Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.

• Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.

• Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik.

• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.

• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

• Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.

Stres: Luahkan perasaan anda

BENARLAH kata-kata hikmah yang meletakkan kewarasan sebagai rahmat paling agung. Apabila pertimbangan telah hilang dan manusia menjadi gelap mata walau seketika cuma, matilah zuriat di tangan orang tua sendiri.

Padahal, skil pengurusan stres boleh dipelajari dan langkah pertama hanyalah dengan membuka mulut untuk bercakap.

DALAM kehidupan serba moden yang penuh mencabar ini, tekanan perasaan atau stres sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pendek kata, stres adalah hidup dan hidup adalah stres.

Mungkin, kebanyakan daripada kita melihat stres dari perspektif negatifnya sahaja seperti gejala sosial, kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan risiko penyakit mental.

Sesetengah stres juga adalah baik sebenarnya apatah lagi dalam tuntutan seharian kita dalam mengejar masa dan tarikh akhir. Stres memberikan kita tenaga dan motivasi untuk mengendalikan proses itu.

Tanpa stres, seseorang pekerja atau pelajar itu mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan atau projeknya pada masa yang telah ditetapkan.

Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh untuk mempertahankan diri daripada sebarang perubahan atau pengubahsuaian persekitaran mahupun, tekanan fizikal dan emosi yang dalam situasi ekstremnya boleh mendatangkan bahaya.

Ia meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan oleh itu, membolehkan kita bertindak balas terhadap sebarang situasi meruncing yang bakal tercetus terutamanya dalam kes-kes kecemasan.

Walaupun stres itu baik, namun, jika keterlaluan ia boleh mendatangkan kesan sebaliknya. Ia boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut meragam, tekanan darah tinggi, malah penyakit jantung dan strok.

Stres kronik yang berlanjutan tanpa diberikan perhatian dan rawatan sewajarnya membuatkan kita berasa seperti terperangkap dan tidak mampu untuk mengendalikannya.

Apabila ini berlaku, ia seumpama tubuh badan anda telah bersiap sedia untuk terjun keluar daripada kenderaan yang bergerak laju tadi tetapi masih terpacak kaku.

Badan anda berkerja lebih masa dan tiada ruang untuk menempatkan kesemua tenaga berlebihan yang ada. Ini seterusnya membuatkan diri anda berasa takut, bimbang, resah gelisah dan berdebar-debar.

Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami stres setelah ditegur oleh ketua jabatannya manakala bagi individu yang lain pula tidak berasa apa-apa. Apa jua perubahan boleh mencetuskan tekanan, sekalipun perubahan yang baik-baik sifatnya.

Stres merupakan sesuatu yang normal dan sebahagian dari proses hidup. Pun begitu, tidak bermakna kita perlu mencampuradukkan segala masalah yang ada, putus harap dan mempunyai pemikiran-pemikiran negatif seperti ‘tiada orang lain yang mengalami tekanan seperti aku’.

Ingat, kita bukan insan yang lemah kerana mengalami tekanan tetapi, kita tertekan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Justeru, menyalahkan diri sendiri atau melakukan perkara yang bukan-bukan baik mencederakan diri sendiri atau menjejaskan orang lain, hanyalah satu tindakan sia- sia.

Sekalipun tidak berupaya mengawal benda-benda yang menekan anda sepanjang masa, anda masih boleh mengawal bagaimanakah caranya untuk bertindak balas terhadapnya.

Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu terhasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang anda rasakan.

Saya telah cuba mengendalikannya tetapi saya seperti sudah berputus asa

Ini satu petanda bahaya. Ada kalanya, stres menjadi terlalu besar untuk kita tangani. Ia boleh mencetuskan perasaan-perasaan buruk yang mungkin anda fikirkan seperti mencederakan, malah membunuh diri sendiri.

Apabila anda berasa seperti sudah putus harap, nampaknya, keadaan tidak akan menjadi bertambah baik. Terus bercakap dengan seseorang apabila anda mengalami perasaan ini.

Bercakap dan meluahkan perasaan merupakan langkah pertama untuk anda belajar menguruskan tekanan yang dialami dan mula berasa sedikit lega dan bertambah baik.

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui bahawa – mengawal stres adalah sesuatu yang boleh anda pelajari kerana stres itu sendiri datangnya dari cara mana anda memberikan respons terhadap situasi yang menekan itu.

Dan jalan yang terbaik untuk umat isalam apabila kamu mengahadapi suatu tekanan atau stress kembalilah kamu kepada Allah,dan hadapilah ia dengan jalan sabar dan juga jalan solat.

Dipetik daripadsa kalamullah yang mulia dalam surah al-baqarah..
“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45...Moga-moga jalan yang terbaik melalui lunas islam ini dapat membawa kita untuk terus berjaya didunia dan akhirat

/>
MZH

Saturday, April 9, 2011

Mengimbangi Idealisma dan Realiti Seorang Intelektual Islam.



Alhamdulillah,pada 9hb April UTM skudai telah didatangi seorang ilmuwan yang bukan calang2 dengan idea dan buah fikiran yang cukup bernas berkongsi pengalaman kepada kami warga pencinta ilmu ditaman UTM,seribu penghargaan kepada Prof Datuk Dr Sidek Bin Baba dalam mengupas dengan cantik tajuk yang diamanahkan.

Untuk post kali ini saya ingin kongsikan sebanyak mutiara ilmu yang dikongsikan oleh beliau dan dicerapkan melalui pemerhatian dan penelitian yang jitu.

Idealisme bukan hanya sekadar idea dan gagasan yang berkobar-kobar tetapi perlu kita pandang dengan pandangan deen (agama) mendasari kepada epistimologi yang berpaksikan kepada 'theory of education','basement of knowledge'.Asasnya perlu umat islam bila memandang tentang puncak idealisme perlu dirungkai dengan kefahaman al-quran.Kerana ia adalah petunjuk dan panduan seluruh umat islam dan juga yang bertaqwa.

Dalam membentuk idealisme yang segar perlu kita akari dengan kekuatan aqliah(aqal),dan membezakan kita umat islam dengan barat ialah kita ada kekuatan naqliah yang sumber daripada Al-quran,hadis,qias,ijmak ulama'.Dengan kekuatan ini akan lahir pendokong yang abdillah dan abdurrahman yang menjadikan fikir dan zikir adalah pengimbang terbaik dalam gagasan murni atau nizomiyah yang terlaksana.

Islam secara jelas mengambil isi tunjang tentang fitrah kejadian manusia,dan bila manusia faham tujuan dimuka bumi ini sebagai abdullah (hamba Allah) dan juga khalifatullah.Natijah ini akan hadir dalam fikiran manusia ialah nilai manusiawi yang merupakan fitrah seluruh manusia yang diciptakan oleh Allah swt ini yang penuh ibrah kepada sekalian ummah,mengambil contoh penciptaan Nabi Adam Alaihissalam dan disitu Allah ingin uji kesetiaan hambanya,dan iblis menentang keras.

Dalam memahami realiti dakwah yang sebenar,pokok sebenar yang kita hadapi dalam dunia globalisasi ini ialah berbalik pada sirah nabi iaitu memperkemaskan asas iaitu pembinaan dan pengukuhan aqidah,iman dan taqwa dalam jiwa setiap umat.Selaras dengan ayat al-quran dalam surah ibrahim (24 dan 25)..

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah wat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan cabangnya menjulag ke langit,pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu beringat"

Dan peringatan yang selalu ditekankan oleh beliau dalam penghuraian,ialah perlu kita merujuk secara kemas pada Al-Quran dan Assunnah,dalam kita selaku rijal yang merupakan penyemarak dan legasi perlaksanaan jilul quran iaitu generasi Al-quran yang dinantikan oleh seluruh masyarakat.

Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat kita memacu jiwa kita kearah tawaduk padaNya dan menjentik hati kita untuk terus taqarrub pada Allah SWT.Jadilah orang yang sentiasa berhikmah dalam tindakan,pertuturan,pemikiran.

MZH

Thursday, April 7, 2011

Amalan Mahmudah Kekuatan Ummah Sejagat




Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Butiran Hikmah Untuk Dikongsi




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat hati-hati yang sentiasa rindukan kepada pembinaan hati yang penuh tawaduk pada pencipta,Allah rabbul alamin..

Panjatkan kesyukuran kita setiap masa dan keadaan,dengan sentiasa membasahkan lidah kita dengan memuji dan membesarkan Allah.

Wednesday, March 16, 2011

tragedi melanda jepun



APA ULASAN PARA ULAMA'?????? ?

Sekarang ni hangat orang dok memperkatakan tentang isu tsunami dan gempa bumi di
Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang
lalu.

Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan
06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan
Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz
ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang
ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya
tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan
Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka
seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam
proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+ 0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446
mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula
angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam
kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi,
angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala
sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab
Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin
berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam
tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita
lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang
berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita
untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam. .

Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas
kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam. .

Sunday, March 6, 2011

Ciptaan Rabbul Jalil Indah Dan Damai Buat Hambanya




Salam terindah ku udarakan kepada sahabat dan teman yang hatinya terpaut dengan cinta Allah.Atas kekuatan yang dianugerahkan padaku dapat jua dinukilkan ikhlas daripada hati yang cintakan kedamaian,dengan anugerah yang tidak terhingga oleh sang pencipta..Alangkah ruginya jika disanubari kita tidak dihidupkan dengan fitrah kedamaian kerana setiap manusia inginkan kedamaian yang menenangkan...terimalah sebuah sajak kedamaian...

Kedamaian semalam, hari ini dan esok, apakah kita akan kecapinya ??

Kedamaian yang ku pinta, hanyalah kedamaian dari hati nurani.

Manusia yang tamak, dengan harta benda, pangkat, nama dan dunia, sanggup musnahkan kedamaian dalam kamus hatinya itu.

Kedamaian itu ada pada hati manusia, mereka sendiri yang akan merasainya kedamaian yang dipinta.

Burung di sangkar mahu hidup terbang bebas…berkicauan dan mencari erti hidup, jangan biarkan ia bagai hidup di penjara yang tidak dapat menikmati keindahan alam.

Perang dingin, perang mulut, dan perang senjata, katanya demi perjuangan kedamaian. Perjuangan yang bermotifkan politik, kepentingan sendiri dan juga

Hilangnya beribu-ribu jiwa setiap hari , demi kedamaian yang tak pasti adakah ianya benar atau bohong belaka.

Damaikan perasaan, hilangkan segala persengketaan, leraikan sengketa yang menimpa diantara kita…..

Adakah dunia kita ini semakin aman dan tenteram??..tanyalah pada diri,damaikah jiwa kita,damiakah sanubari kita dan damaikah aqal kita..